Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Saturday, June 11, 2011

WHY I WANT TO BE A DOCTOR?

'nape pikah nak jadi doktor?'

Soalan ni lah yang kerap kali orang duk tanya aku. Aku anggap ni sebagai soklan wajib ditanya oleh sape-sape yang nak amek kos medic. Dari awal aku nak isi borang UPU sampailah sekarang. Sampai aku sendiri pun tertanya-tanya jawapan yang sempurna tuk jawab soklan paling mahal dalam hidup nih. Kalau aku jawab nak tolong orang, mesti orang cakap dah takde jawapan lain dah ke..cam koman je. Kalau ckp suka-suka tu gile la namanya. Kalau sbb mak ayah suruh tu memang tak la sebab mak ayah tak galak pun aku jd doktor. Kalau aku jawab sebab duit. Tu aku tipu. Sebab demi ALLAH, aku blaja medic bukan sebab duit.

Jujur aku cakap, semua ni terlintas waktu aku kat matrik dulu. Waktu tu, isu yang paling pemes seantero dunia adalah pasal Palestin diserang Israel.Almost everyday aku beli paper untuk tengok apa yg terjadi..Hari-hari ada je yang kena bom, kena bunuh, kena musnah. Tapi, yang paling aku terasa sampai sekarang, hingga ke saat ni adalah bila aku tatap paper2 yang ade gambar baby2 yang kecik, comel sangat, innocent, putih suci turut sama dalam kemusnahan yang dilakukan oleh manusia yang tak layak digelar manusia. Sedih...Aku menangis...aku menangis tiap kali ada gambar baby yg berlumuran darah, menangis tanpa suara. diaorg hanya mampu menangis untuk nak cakap betapa deritanya diaorang. Ya ALLAH...

pastu aku dengar ramai jugak volunteers yang turun padang tolong. Tapi waktu tu aku hanya mampu doa sahaja dari jauh. Nak. memang nak jadi volunteer. Tapi apa yang aku ada untuk tolong? Dak matrik je pun. Nothing. lau pergi pun buat menyusahkan je. Waktu tu aku cakap sorang-sorang, 'kalau kau jadi doktor, mesti kau boleh pergi bagi bantuan dengan ilmu perubatan yang kau ada'.

Yes! because of that aku jadi doktor. Tak kesah la orang kata aku ni apa pun. Bagi jawapan takleh blah ke ape ke. Yang penting tu lah sebab nape aku amek medik. Tapi sekarang bila fikir balik, once ilmu medik tu dah ada kat aku, aku kena gunakannya dengan baik-baik. Tolong semua orang. Tak pergi tolong mangsa perang pun takpe. Malaysia pun still ramai yg sakit dan perlu perhatian. Inshaallah. So, kalau andaikata aku kena tolong mangsa perang ke, mangsa banjir ke ape ke, aku takkan ragu-ragu tuk tolong. tu pun kalau JPA benarkan la. Bila dah terikat ni kenalah dengar arahan pihak atas.huhu...

 Yup, paling mahal dan berharga impian ni sebab ni lah impian aku yang aku rasa cukup mustahil untuk aku dapat. Tapi ALLAH tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Aku janji pada diri aku untuk jadi seorang doktor muslimah yang dapat menyumbangkan semua tulang empat kerat aku untuk orang ramai. Aku tahu aku bukan sebijak pelajar medik lain. Aku selalu cakap semua yang aku ade ni, semuanya ALLAH yang tolong. Ilmu, peluang, segala-galanya. usaha aku takkan mampu pun untuk bawa aku sampai ke bidang ni. Kalau nak kira dengan background akademik aku, sekolah aku, memang jauh la nk compare dengan kawan-kawan lain. Nak masuk local university ni bukan senang bagi aku lagi-lagi tuk kos cam medik. Ya Rabbi...Alhamdulillah...


*Allah sentiasa mendengar doa hambaNya, samada lambat atau cepat ianya termakbul tu semua urusan ALLAH. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Cepat dan lambat tu urusanNya. Aku selalu dengar orang cakap,kalau tak di dunia, mungkin ALLAH akan makbulkannya di akhirat nt. Subhanallah....Allah tu kan Maha Pengasih lagi Penyayang. Kita sebagai hambaNya tak boleh berputus asa. Ok! hehehe..

No comments:

Post a Comment