Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Saturday, June 11, 2011

HAAA....APA YG ADA LAM MAKANAN DARI TAIWAN???



Assalamualaikum,




"KUALA LUMPUR: Malaysia meningkatkan paras berjaga-jaga bagi produk makanan yang diimport dari Taiwan ke Tahap 4 Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) selepas beberapa bahan makanan dikesan mengandungi karsinogen..." 


Petikan dari akhbar Berita Harian , 11.06.2011


Ni merupakan salah satu lagi isu yang timbul tentang makanan dari luar negara yang masuk ke negara kita dan aku baru je tengok kat tv tadi. Dikatakan terdapat karsinogen dalam makanan yg dibawak masuk dari Taiwan nih.


Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Means bahaya la kan mende alah ni. 


Jadi sekarang mengikut FoSIM, produk-produk ni semua berada di tahap ke-4. Tahap ke-4 memerlukan setiap konsainan dari negara sumber diambil sampelnya.  Our menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian sedang meningkatkan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa di Taiwan dan Hong Kong untuk mengesan ke negara mana bis(2-ethylhexyl) phthalae (DEHP) dan di-Isononyl (DINP) dijual. 


Terdapat TUJUH jenis makanan dan minuman yang diimport dari Taiwan dikeluarkn daripada pasaran kerana mengandungi DEHP sejak awal bulan ini. ok..means bukan semua ye...setakat ni dikesan 7 jenises..ok!


Bukan sahaja isu dari Taiwan malah semalam, pihak berkuasa juga telah melarang penjualan mee segera Korea "Shin Romen" kerana bimbang ia tercemar. Ouchh!! KPOP...kpop!! Tu je aku terlintas lau sebut Korea...HAHA...


Menteri kesihatan kita juga cakap sampel bahan makanan itu sudah diambil untuk dibuat ujian dan orang ramai digesa berhenti menggunakan produk itu untuk sementara waktu. BERHENTI OK!  Jadi, apa kata kita cuba cari alternatif lain ye sayang. Banyak lagikan mee2 buatan Malaysia. So, tak payah la yang ada masalah tu jugak kita duk terhegeh-hegeh nak. Cam kes Barbican tu pun sama. Rasanya dah memang style orang-orang kita ni kot yang suka sangat kat mende2 yang ada kontroversi. Pastu mulalah nak gaduh. Arhh...kau taknak sudah....aku nak minum gak.. aku minum ok je..yg kau kecoh pe hal....bla..bla..bla...macam-macam gaya....huuu. aku naik stress baca sal isu barbican taw!!


So, back to topic...


Tapi, Datuk Liow pun ada jugak cakap yang tak payah risau soal tepung di negara kita sebab semuanya selamat digunakan. Isu tepung ni pulak timbul sebab dikatakan paras benzoil peroksida dalamnya tinggi. Tapi sebenarnya kat Malaysia, ianya masih di paras selamat. OK! 


Oh,ya..benzoil peroksida ni sebenarnya adalah bahan pemutih yg digunakan dalam proses nak hasilkan tepung.YUP...


Tu saje info sal news hari ni yang aku nak cakap. 

Teringat lak Mee Ruski...nyum3~~ 


P/S : Apa-apa pun yang kita makan, make sure ianya halal...sebab once dia dah masuk dalam perut, semua tu akan jadi darah daging kita. =)

okbai!!


Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment