Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Friday, June 10, 2011

TAK KIRA LA LU NI GANGSTER KE APE KE...TAPI WA MEMANG LAYAN ABES CITE LU...

Assalamualaikum dan salam Jumaat,



Best sangat al-Kuliyyah tadi...hari ni ustaz bercerita tentang mati, nikmat ALLAH, dan macam-macam lagi...Katanya jangan sesekali kita berputus asa dengan nikmat ALLAH. Dan cara seseorang itu mati menentukan keadaan dia di dalam kubur...Actually banyak lagi..nanti la I dengar balik dan cerita balik ya...


Ok, tentang hari ni....


Hari ni aku tetibe rasa nak pergi tengok wayang. Memang aku dan housemate tak pandai plan awal-awal untuk buat sesuatu sebab bila tiba masanya mesti tak jadilah, ada hal lah, tergendala la. So, apa yang kitaorg buat adalah, decide last minute.Cool right? Tak jugak sebenarnya. Tapi at least kurang la sikit kecewanya kalau tak jadi..yeahh..

Pada hari yang indah ni, kitaorg cadang nak pergi tengok pagi. TAAAAAPIIII, tetibe dengan izin ALLAH, hujan turun. Tak lebat. CUN-CUN je. Tapi bagi kitaorg yang betransportkan bus ni agak susah la sikit walaupun hujan tu ciput je. Pastu housemate aku pun tanya la kalau hujan camna. Aku kalau hujan ok je. Tapi ermm...fikir-fikir balik hari lain pun ada lau setakat nak tengok wayang tu. Jadi dua-dua diam.

Setengah jam kemudian, suspen sikit.. HOHO....housemate aku datang kat bilik cakap jom siap-siap pergi tengok wayang. Apa lagi...terus la aku dengan bergopoh-gapah nya bersiap. Dum-Dam-Dum-Dam..akhirnya kitaorang naik bus. Semua smooth sampailah ke kaunter tiket. Aku bajet mesti full punye cite KLgangster!!
HEHE...tapi Alhamdulillah...still ada tempat kosong...nasib baik atas..tak de la nak kena melangguk kat depan macam tengok POC aritu. *senyum lebar giler........


Kitaorang kan student lagi..so dapat la jugak kurang 2 ringgit...ok la tu! =)

Waktu start je cite, Fuhh...dah dapat rasa dah ke'best'an nya. Bila Zizan masuk, belum buat apa-apa lagi...tak cakap pun lagi, aku dah start gelak. Serius memang dia penyeri cerita tu. I like...

Cerita nya penuh dengan aksi-aksi yang HEBAT..MANTAP..dan tak ada satu scene pun yang bosan atau buat aku nak menguap kejap ke..nak telan popcorn ke or nak borak-borak ngan orang sebelah. Nak tengok kiri kanan pun tak terliur taw! Fokus je... Pandang screen je. So, nak conclude nya di sini yang cerita ni memang tip-top la..Malay movie yang terbaik sekali!!

So, apa yang aku cakap ni memang benar belaka. Aku enjoy sangat-sangat. Everthing was so amazing..ada moral value yang cukup besar jugak dalam cerita ni. Social life orang di bandar KL yang difokuskan lebih kepada kehidupan gangster atau tukang katok orang yang mana sudah insaf tapi masih lagi terikat dengan segala perbuatannya yang dulu.


*Kehidupan yang tidak berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan, akhirnya akan membawa manusia itu sendiri kepada penyesalan yang tiada pengakhiran...











No comments:

Post a Comment