Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Wednesday, June 8, 2011

Gaya Berbahasa- Kata Ganti Diri ( MY STYLE)

Assalamualaikum....


Hi to hujan-hujan yang tengah renyai-renyai menyentuh bumi KL (perghhh..ayat tak leh blah),


Malam ni sejuk sangat. Apa yang aku buat sepanjang hari adalah duduk atas lembek sambil online.Ermm...rasa bosan stay kat kolej. Semua orang dah balik umah. Dan yang paling sedih adalah mesti semua tengah sibuk berkumpul kat umah cousin aku...uwaaaaaaaaaa!! Malam kenduri memang selalu meriah...And i miss that moment...


So, apa yang aku buat untuk hilangkan stress memikirkan tak boleh nak balik kampung adalah dengan main facebook, twitter, and dengar lagu. benda yang common je. Oh ya! Satu lagi aku buat adalah kemas bilik aku yang penuh dengan buku-buku, kertas-kertas bagai nih. Bilik aku serius bersepah  kemas. *sambil senyum*. Dah rasa macam bilik professor dah. Ouchh!!


Aishh....aku selalu menyimpang dari topik yang aku nak cakap. Sebenarnya aku nak cakap pasal adab or gaya or etika or whatever lah pasal berbahasa or berbicara or berkomunikasi nih. 



Cakap dengan cikgu kena baik-baik...macam kita bercakap dengan mak ayah sendiri taw



Dari zaman sekolah lagi la kan, aku tengok kalau kita bercakap dengan cikgu, of course aku akan membahasakan diri SAYA-CIKGU laaa. Aku ni budak pendiam dan baik kat sekolah dulu. Tapi tu normal la kan dengan cikgu. Tapi kalau antara kengkawan ni yang ada banyak beza sikit. Ermmm..macam-macam stail ada. 





Antara-antara Bahasa Diri yang Aku Guna


1. Kalau kawan tu just kenal-kenal camtu je. And dia tu pulak jenis lurus nerd skema pendiam or dalam bahasa lain nya, dia jenis budak baik, aku lebih prefer guna saya awak. Sebab aku rasa tak boleh nak cakap AKU-KAU dengan orang macam tu. Ok kan? hehe...mesti la ok!


Skema itu HOT.....bagi aku la...



2. Tapi kalau kawan tu orang sekampung, pastu sekelas pulak tu, confirm-confirm aku akan cakap aku kau. Sebab aku rasa tu lah kata nama yang terbaik dan paling sesuai sekali. Rasa macam akrab gila.Seriusss!! hehe...tak akan rasa janggal langsung. Tapi persepsi tu dah berubah sekarang. Bagi aku rapat ke tak tu semua tak bergantung pada cam mana kita bahasakan diri kita. Tapi macam mana kita berinteraksi dengan orang tu. Kalau kita cakap pakai KAMI-KAMU pun boleh rapat tau. UP TO U je semua tu...



3. Ni untuk kawan-kawan yang memang jenis lemah-lembut. Kalau macam ni aku akan bahasakan nama. Contoh; Pikah-Lisya. Macam tu la lebih kurang. Rasa ini yang paling sesuai. Tapi still aku boleh cakap yang kena depends dengan keadaan jugak. Kadang-kadang aku pun main hentam je. Janji tak kekok or kaku. =)


4. Kawan serumah sekarang. Aku guna bahasakan diri aku KITA. Entah la kenapa. Tapi macam dah biasa camtu. So, tak rasa pelik langsung ok!




5. Untuk kawan-kawan coursemate pun lebih kurang je. Cuma kalau boys tu aku akan cakap AKU-KAU. Dah semua orang cakap macam tu. Sopan pelik la pulak kalu tetiba aku mencapap cakap SAYA-AWAK...HAHA. Ermmm..kalau gurls tu memang bercampur-campur la. Tengok situasi ok.


5. Ada jugak kadang-kadang aku bahasakan diri aku ORANG. Ni normal kat kampung aku dulu. Aku cukup tak suka waktu zaman kecik-kecik cakap orang-orang nih. Tapi sekarang I LOIKE. Depends dengan situasi la jugak. Takde la aku cakap dengan Lecturer pakai ORANG bagai. Kurang sopan giler.


6. Ngan adik-beradik pun ikut mood. Kalau mood nak mintak tolong, pastu baik kamcheng giler time tu, aku akan bahasakan diri nama aku sendiri. Kalau tengah hangin satu badan pastu boleh pulak berebut nak tidur depan tv. Haaa...time tu akan keluar la bahasa AKU-MUNG....(last-last semua tak dapat sebab mak halau masuk bilik).

7. Sekarang bila menulis dalam blog, aku akan guna AKU la..untuk setakat ni. Future...tak tahu lagi la ye....mungkin DINDA...kot..hahahaha


Yupss...tu semua antara contoh-contoh cam mana aku bahasakan diri aku dekat orang lain. Semua orang tak sama ye. Walau apa pun bahasa diri yang kita guna, tu bukan lah sepenuhnya melambangkan diri kita ni sapa. Janji hati tu yang penting. HEHE....oicehhh....

Ok lah..cukuplah tu untuk malam ni tentang gaya berbahasa....lau nak cakap pasal bahasa memang sampai bila-bila pun tak abis. Ni baru cakap pasal nak bahasakan diri. Belum masuk bab-bab berbicara lagi nih..aiyooo!! Tapi itu semua kita dah belajar tanpa kita sedar. Kan dalam hidup ni kita selalu duk belajar termasuklah belajar secara tak formal. KAN3?? hehe..setuju aje lah aku merepek ni ye....


* Dulu-dulu kan Mak aku cukup marah kalau guna AKU nih. Dia mesti ugut kita orang cakap nak paku mulut masing-masing...Haa?? Mestila mak tak buat. Dia gertak je.









No comments:

Post a Comment