Hi Guys,
Just wanna share about a story.......
Mom at Sixteen adalah antara cerita yang aku pernah tengok dan still sampai sekarang aku masih duk ulang tengok lagi. Tak bosan. Plot cerita dia juga menarik. Lagipun cerita tu memang seharusnya ditonton oleh remaja zaman sekarang.
Kisah Mom at Sixteen adalah mengenai seorang pelajar yang begitu bijak. Excellent in her academic, sports, dan family background dia pun ok. Cuma parents dia bercerai. So, dia dengan adik perempuan dia tinggal dengan their mother. But still ayah dia ambil berat pasal diaorang. Dia ada BF yang merupakan pelajar universiti dalam bidang engineering. Diaorang couple and terlanjur sehingga that girl pregnant.

After 9 months and 10 days, baby boy yang comel pun lahir, innocent look...dia tak tahu apa-apa pun kan. hurmm...Now, that girl rasa sayang kat anak dia dan decide untuk tak mahu serahkan dekat agensi anak angkat. Ibu mana yang nak tengok anak dia sedih kan. So, mak dia pun setujulah. Tapi mak dia letak syarat yang baby tu akan jadi anak mak dia untuk cover hal yang sebenar. Dia mesti teruskan persekolahan macam biasa.
Kisah pasal budak ni panjang kalau nak cerita satu-satu. Tapi at last dia sedar yang pengorbanan mak dia yang tolong jaga anak dia. Pastu dia jugak sedar yang baby tu tak bersalah. Dan dia juga sedar akan kesilapan dia tapi apa yang perlu dia buat bukanlah terus lari dari masalah tu sebaliknya betulkan semula kesilapan dia.

Remaja jiwa mereka tu rapuh sangat, halus, lembut. Terlalu sensitive. Nak approach kena ada cara yang sesuai. Psychology!!
Waktu remaja adalah waktu di mana manusia sedang mengalami satu fasa peralihan yang cukup besar dalam kehidupan mereka. Dalam jangka masa tu macam-macam boleh berlaku. Ramai tergelincir...ramai yang survive...ada jugak yang menyesal dengan tindakan mereka....ada yang sesat...ada yang menjumpai cahaya....ada yang matang dalam tempoh ni...ada yang still macam kanak-kanak pemikirannya.
Pendek kata ianya adalah tempoh percubaan. Rasa nak cuba semua benda.

OKlah...tu sahaja yang aku nak share...Moral of the story, follow the guide yang ALLAH dah tetapkan supaya kita sentiasa hidup dalam keredhaanNya dunia dan akhirat..yeahhh!!
Tengok la sendiri cerita ni ya....=)
Nyte.....................sleep tight!!
No comments:
Post a Comment