Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Sunday, June 19, 2011

Putaran Hidup Ciptaan Allah yg bernama Manusia

Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan 
- (al- Anbiyaa' : 35)

Allah berfirman. :" Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja. jika kamu benar-benar mengetahui." Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 
- (al-Mu'minuun: 114-115)

Tiap kali aku trigatkn balik kisah kami sebagai sahabat sebaya, teman sepermainan, kwn sekolah, teman sekelas, saudara sndri, rakan sekampung, pasti mata ni akan menitiskan airmata. Ya Rabbi, cukup dekat maut tu dengan kami Ya Allah. Semalam, aku baru shj mendpt khabar berita dari mak bahawa orang yg rapat dengan hidup aku telah pergi menghadap Pencipta kami.Mula-mula aku tak percaya. Rasa mcm baru shj berjumpa arwah..berborak..ianya macam kehidupan normal..Tapi soal ajal maut tu di tgn Allah. Itu semua urusanNya. Kita sebagai hamba harus selalu redha dan menerima qada dan qadar.

Aku sebak tiap kali teringatkn semua kenangan2 bersama arwah. Banyak....Kami sama-sama mengenal erti hidup..tapi sapa dapat menduga..Gilirannya dulu untuk bertemu dengan Pencipta. Setiap org ada turn nya masing2. Sama ada sudah bersedia atau belum. Jika dipanggil, maka pergilah kita dari dunia ni utk meneruskan hidup di alam sana pula. 

Arwah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Keadaan dia cukup parah dan dia meninggal di tempat kejadian. Sungguh sedih bila mengenangkan bagaimana arwah terpaksa bertarung dengan nyawa sendiri. 
Ini bukan pertama kali aku menerima berita kematian saudara aku. Tapi apa yg paling menyentuh hati aku bila org tersebut adalah kawan aku sejak kecik. Sayu hati ni. Kami sama2 memulakan hidup di bumi Allah. Tapi dia telah pergi dulu kepadaNya. Dia sekarang telah bebas dari dunia yg fana ni. 

Setiap yg hidup pasti akan mati. Aku tahu tu. Tapi hati manusia yg mana tidak akan tersentuh bila melihat kematian org yg pernah memainkan peranan besar dalam hidupnya. Aku dapat rasakan kesedihan sahabat2 yg lain. Keluarga arwah mesti susah utk menerima pemergiannya memandang arwah adalah anak sulong dan cucu sulong dalam keluarga. Aku tak dapat bayangkan kalau semua ini terjadi kepada ahli keluargaku sendiri. Ya Allah...berilah kami semua hamba2Mu ini kekuatan utk mengharungi semua ujian2Mu...

Semoga rohnya tenang di alam sana. Semoga dipermudahkan segala perhitungan....diselamatkan dari seksaan kubur..dilimpahkan rahmat dan nur dari Allah...Dia seorang yg baik hati..peramah..anak yg soleh..semoga Allah melindungi rohNya...Ameen...

Al-fatihah.....untuk sahabatku

* Aku terigt balik Contengan Jalanan hasil Hlovate tentang "a man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. Banyak pengertian dalam kisah ni. Aku pun tak tahu bila sampai giliran aku.Kita semua tak bleh nak main agak2 bila ajal tu nak smpai. dalam keadaan macam mana pun kita tak tahu..yg kt tahu adalah semua org ada tempoh hidup masing2....Aku takut. perasaan takut tu ada sebab aku akan menghadap Yang Maha Agung. dan bekalan aku pun tak seberapa..smoga Allah membantu aku dunia dan akhirat dan mempermudahkan segala urusan.

Mengingati mati itu adalah cara terbaik untuk kita menasihati diri sendiri...

No comments:

Post a Comment