Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Thursday, January 5, 2012

Jumaat kali ni....Innalillahiwainnailaihirojiun....


“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” 
― HlovateContengan Jalanan


Assalamualaikum WBT.......dan salam Jumaat semua...

Arini adalah hari Jumaat bertarikh 6 Januari 2012...
Aku baru je balik dari Hospital tadi...
As usually, banyak patients and banyak cases...
Tadi round ward medicine...

Last sekali aku masuk wad 7A..(ward Nephro atau lagi mudah kata wad yg menempatkan patient with ginjal/kidney problem)
bila aku ngan kawan-kawan masuk, tetibe kitaorg nampak sorang makcik yang merah matanya...menangis..
pastu ada nampak doktor HO yg tengah ckp telefon...pun nangis..
There's something happen actually..
kitaorang dah bleh agak..pengalaman tu tak banyak tapi selama posting ni memang ada la kejadian yang sama terjadi....
either patient tu dalam keadaan sgt critical or patient tu dah kembali kepada Pencipta kita...
Jadi kami pun terus jalan masuk ke dalam wad...

Innalillahiwainnailaihirojiun....

kami nampak ada keranda pengusung mayat...
Lagi kuat firasat kami...
Air mata ibu tadi jatuh disebabkan oleh pemergian anak nya...
Patient tu menghidap Systemic Lupus Erythematous (SLE) sejenis penyakit autoimmune yang menyerang all of our systems in the body..
Umur nya baru 25 tahun..seorang gadis yang cantik...bakal menjadi seorang isteri..
akhirnya dia dijemput untuk menghadap Illahi...

Kepada sesiapa yang terbaca..sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah...Dia sangat bertuah kerana meninggal di hari yang mulia..penghulu segala hari...di pagi hari Jumaat...Masyaallah...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan soleh..Ameen...

*Tiap kali aku tengok kematian di hospital, hati aku selalu terfikir...satu hari nanti, kejadian yang sama akan jadi pada aku..cita-cita aku pun untuk mati pada hari Jumaat....tapi semua tu hanya ALLAH yg tahu...

*Di hospital, aku bukan saje belajar untuk periksa pesakit..tapi aku juga belajar tentang keinsafan, kematian, Qada' & Qadar....

*Mati itu pasti..cuma lambat atau cepat je...

Wassalam....

No comments:

Post a Comment