Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Thursday, January 5, 2012

AKU #5

Tintaku...

Persoalan demi persoalan
aku kebuntuan dalam memberi jawapan
keliru dalam memberi penjelasan
kadang-kadang aku menipu hati sendiri
aku menipu ramai orang
aku berpura-pura dalam diam

Hmmm...

Ya..aku bersuara dalam jeritanku sendiri
aku mengiyakan dalam menidakkan
aku menipu dalam berterus-terang
aku jaga dan menghiraukan

Aishhh...

selama mana hati ini dapat bertahan
selama mana aku dapat berselimut dalam kepanasan
bila waktu nya matahari mahu menemani aku
sama-sama menerangi
memberikan kebenaran

Ya Rabb...

Aku menangis dalam kegembiraan
aku senyum tapi hatiku suram
aku jelaskan 
tapi sebenarnya aku mengusutkan
apa yang sebenarnya aku pendamkan

Wahai hati...

Andai sahaja aku mampu membaca mu
tak kan aku lukakan kamu hingga sedemikian
maafkan aku
realiti aku sorokkan 
supaya diriku lebih tenteram

Tetapi...

aku percaya
walau sedalam mana pun aku berteka-teki dengan hatiku
walau sedalam mana aku sembunyikan perasaanku
aku cukup yakin
bahawa Pencipta-ku mengetahui segala-galanya.

Cukuplah Allah bagiku..Dialah sebaik-baik Pencipta..

Subhanallah...

No comments:

Post a Comment