Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Friday, February 24, 2012

First Posting ( Health Care for Elderly)

Assalamualaikum...konichiwaaaa! (bajet ada orang Jepun nak baca blog aku..LOL)

“The oldest trees often bear the sweetest fruit” - German Proverb

WARNING ! WARNING ! cerita kali ini akan penuh dengan emosi ala-ala drama Hindustan...so, kena ready tissue 10 dozen!! Lagi tragis dari Ombak Renduu! #eh

Sebenarnya, secara rasminya dah seminggu lah aku start sem baru. Mula-mula tengok fb (terpaksa tengok OK), kawan2 post kat group pasal schedule kitaorg yg confirm2 6 packs nya...ngaaa~  Dengan muka excited aku tengok laa..bajet posting sport dlu la kan..sekali....jeng-jeng-jeng...aku duk lam list name group untuk posting geriatrics (ELDERLY). Uhuk-uhuk (batuk sekejap) ............tapi INTERESTING WHATT!!  

Yeahh...mula-mula serius aku dah macam...alaa..nape posting geriatrics dlu..bg la yg best2 sikit (memang tak reti bersyukur langsung..haishh). Tapi..tgk balik jadual..next posting sports med..terus macam senyum kura-kura balik. hekhekhek..

First impression aku bila tau posting nie adalah..

o
Gambar Hiasan : Ihsan dari Google 



Aku memang dah lama tak duduk bersembang ngan orang tua. So, macam agak kekok la sikit. Dulu waktu kecik-kecik aku duk ngan arwah nenek. Memang tu la last experience aku ngan warga emas. Dah lama dah.. Aku rindu sangat kat arwah. Dia meninggal pun aku tak dapat tengok sebab tengah SPM. Time tu dia meninggal kat umah auntie kat Kedah. Yes,nenek aku orang Kedah. Dulu bila dia datang duk kat Kelantan jaga kitaorg, kawan2 aku mesti tegur..Bakpo Tok mung kecek gitu...pelik dooh bunyi..haha..tapi aku dah biasa dah ngan bahasa utara. Kitaorg memang cakap loghat berbeza..tu yg best. Lain dari yg lain. Tapi sama-sama paham. =) huu..miss her already.. (huu..terasa panas dah mata...) semoga roh nenek2 dan atuk2 aku tenang di sana...ameen...
Ermm...ok...ni eden nak kabo sikit...
Bila dah start posting nie kat HKL..baru la aku realise yanggg...orang-orang tua sebenarnya...

Gambar Hiasan jugak. Takda la aku jumpa elderly ghope mat saleh kat HKL tu..tapi nk ckp yg diaorang suka senyum n friendly la..hoho


Definiton elderly tu sendiri adalah mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas. Memang ramai sangat warga emas dekat lam ward perubatan HKL. Pastu ada ward yg spesel untuk diaorg iaitu ward Geriatrics.

Disebabkan aku posting kat Hospital, so semua yg admitted tu adalah yang sakit. Jadi, waktu tu memang kesabaran aku teruji la. Tengok anak-anak yang memang selfish giler. Bila doctor cakap mak/ayah diaorg dah boleh discharge kan, tiba-tiba nak hangin. Cam nak marah doctor. Bebel la cakap nt sapa yg nak jaga ayah dia la. Doctor cakap last-last minit lah. arghhh..tak paham aku. Biasanya sblum ni, bila doctor bgtau bleh keluar hospital, orang akan happy..ni takk..terbalik pulak..adoii..dunia..dunia..

Kitaorg jugak ada lecture tau..dengan lawyer lagi...hoho..tp serius..aku memang tak ngantok langsung dari pkul 8-12 tgh hari lecture dia...aku toleh belakang..skali tengok dekat 2/3 dak2 kelas aku dh syahid..pfft...rupanya aku sorg je yg semangat duk dengar..n aku rs cam menarik jee belajar law..lg best dr lecture medic..(ayat gedik)

Tadi petang aku ngan kwn2 ada visit pergi Little Sister of Poor dekat Cheras...iaitu rumah orang-orang tua. Very nice place..Chantek giler..ala-ala duk kat oversea ase.dengan garden yg mcm English style. Bila sampai situ, aku ingat tempat tu private punya sbb macam high-class je..gaya hotel dh. Tapi sister kat dalam tu cakap, rumah ni free dan untuk masuk kena apply. Hanya yg betul-betul miskin sahaja dapat duduk dlm tu. Semua elderly lam tu ada dlm 70 camtu dan semua mereka dijaga dengan baik & paling best diaorg semua ada aktiviti2 tiap-tiap hari.

Banyak lg aku nak cakap actually..semua experiences aku dalam 1 week nie... Best sangat2..especially bila aku terpaksa buat survey mini-mental status dekat 60 orang tua kat HKL..macam2 ragam ada..ada sorang nenek Chinese tu..dia pegang tgn aku taknak lepas..dia cakap..u haa doktor, manyak baik punya olang..padahal aku just borak2 je ngan dia..sweet sgt...hehe...tp mostly memang smua cooperative laa..aku dah terbayangkan macam mn bila aku tua nt. Ya Allah...

Ok lah..dah letih nak taip...=.=''

Semua kwn2 lain cakap, sejak2 posting elderly nie, aku dah mcm orang tua dh. Cepat letih lah..batuk uhuk3 la..Ambik mood la kot~~ haha..

p/s : Orang tua nie, diaorang dah kembali pada proses mcm kanak2 balik..yang mn diaorg akan bersikap mcm budak2..merengek..menangis..merajuk..so, kita kena paham jiwa mereka..jangan asyik nak tengking, marah..cara tu memang tak betul langsung. Ingat, yg one day, kt pun akan ada kat tmpat diaorg jugak..Remember dat~

Wassalam....and have a nice weekend~

Alhamdulillah..JPA DAH MASUKKKKK!!!! Yabedabeduuu!!


No comments:

Post a Comment