Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Saturday, July 23, 2011

UJIAN HIDUP

 Assalamualaikum blogku..

Serius dh lama aku tak bukak blog. actually bkn blog je jarang bukak...fb pun sm...masa tak banyak sebab aku kena fokus lebih dengan study. clinical year perlukan knowledge yg mantap dalam otak supaya bila berdepan dengan patients xde la gelabah bru nak bukak buku. Tapi semua ni proses belajar. Tak de sorg pun dalam dunia ni yg celik2 terus pandai. Kita semua kena melalui proses pembelajaran. Rasulullah SAW pun belajar dari awal sebelum jadi pemimpin yang hebat.

sebenarnya, aku rasa cukup down dulu awal2 masuk clinical. aku tak tahu mana arah tuju aku. sapa yg nak tunjuk ajar kat aku. sapa yang nak bimbing aku..tapi aku terlepas pandang tentang sesuatu yang paling penting. sebenarnya ALLAH sentiasa ada bersama aku. aku lalai kerana terlalu risau yang aku tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai pelajar perubatan. Aku lupa yang ALLAH tak pernah biarkan kita berseorangan selagi kita sentiasa memohon kepadaNYA...

Baru seminggu perjalanan hidup aku sebagai pelajar klinikal..terlalu banyak benda yg aku alami.semua ni memberi aku pengalaman. mengajar aku erti kehidupan yang cukup lain dan tak pernah aku hadapi selama ni. aku ibarat orang asing yg datang mengemis untuk mencari sekelumit ilmu sebgai bekalan untuk berbakti kepada anak bangsa pada masa hadapan.

aku hanya mampu merayu dan meminta pada ALLAH agar memberi aku peluang dan kekuatan untuk belajar semua ni. Bukan hanya ilmu penyakit yang ingin aku dalami, tapi juga ilmu untuk memahami keadaan sekelilingku yang begitu menguji kesabaranku. suasana di wad-wad yang begitu menekan emosi aku. tangisan ahli keluarga, kerisauan pesakit tentang penyakitnya, suasana tu semua bukanlah asing bagi aku sebagai pemerhati tapi akan jadi asing bila aku terpaksa menempuh atau berdepan dengan semua situasi itu sendiri.Ya ALLAH...aku hanya mampu memohon padaMu...Tabahkanlah hatiku.....

Aku sentiasa menangis dalam hati tanpa ada sorg pun tahu...hanya ALLAH je yg mendengar tangisanku...tapi niat untuk menjadi doktor yg kuat untuk membantu orang ramai itulah selama ini menjadi tisu yang menyapu airmata aku....kuatkan hati ku ini Ya ALLAH.....sesungguhnya dariMu aku datang, dan padaMu jualah aku akan kembali....

kita terpaksa mendengar bunyi guruh yg kuat, kilat yang sabung-menyabung, dan hujan yg lebat dulu sebelum kita mampu melihat pelangi yg berwarna-warna menghiasi langit dengan indahnya....

BE STRONG PIKAH....JANGAN GIVE UP...ALLAH ADA BERSAMA KAMU....INSHAALLAH...



No comments:

Post a Comment