Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Wednesday, January 30, 2013

Fail!


Al-kisahnya, suatu hari, Mak Jah, 50 tahun, ke klinik kesihatan disebabkan batuknya yang tak henti-henti sejak 2 bulan yang lalu. Dia juga ada batuk berdarah. Bila tiba gilirannya  tuk masuk berjumpa doktor......

Doktor : Assalamualaikum mak cik..selamat pagi.masuk-masuk...sila duduk...Boleh mak cik bagitau saya apa masalah mak cik?

Mak Jah : Saya batuk doktor..dah hampir 2 bulan dah. Tak hilang2.Malam2 pun saya ada rasa berpeluh...Semalam, tiba-tiba waktu batuk tu saya ada perasan la ada keluar darah..

Doktor: oo...banyak ke darah nya?

Mak Jah: Banyak tu..takde la banyak sgt..tapi takut jugak la saya..apa sakit saya ni doktor?

Doktor : Saya nk tanya, dekat rumah, ada tak yang batuk2 jugak macam ni?

Mak Jah : Erm...mak cik sorang je lah setakat nie...

Doktor: Dalam keluarga, ada tak sape2 yang ada tibi?

Mak Jah: Owww...lau tibi tu...ada laaa!!

Doktor: OHH...sape yg ada tibi tuu?

Mak Jah: Ehh..ramai...kat rumah je ada tiga tibi...Jiran-jiran pun semua ada...

Doktor: Erkkk.....

Mak Jah: Tapi kan doktor...ape kaitan penyakit mak cik ni ngan tibi..

Doktor: ... =.=''


*Moral of the story...tolong jangan guna medical jargons dengan patients...*




No comments:

Post a Comment