Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Saturday, July 28, 2012

AKU #7

MATA

Pagi ini...
bau udaranya yang segar sayu menyapa hidungku

Pagi ini....
senyuman langit yang indah di kaca tingkapku
dinginnya ku sambut dengan selimut tebalku
semangat untuk bangkit itu hanya tinggal suku lebih
yang lainnya??

hilang.......

penuh bertaburan di atas tilam ku ini
malas tuk tangan ini mengutip
hanya berharap
dengan harapan semuanya akan datang bergolek
huh...

mustahil...

Aku hanya termenung melihat semua semangat itu
tangan ini berat untuk menggapai
hati ini tak gagah untuk membantu tangan
Yang mampu...hanya mata
tapi....
mata hanya mampu melihat

Haishh...

Mata selalu menjadi mangsa
tiada masa untuk berehat lama
tapi...

Mata ini hanya mampu melihat kosong
mata ni mungkin letih 
mata ini umpama sudah tiada jiwa dalam tenungannya

Bila ditanya
siapa yang boleh menolong mata??

Kaki?
Tangan?
Mulut?
Perut?

Huh...
semua bersembunyi di dalam selimut
tiada yang mahu membantu mata...

dan akhirnya

Mata pun memejamkan diri...gelaplah kembali...




*tempat aku bertapa*



No comments:

Post a Comment