Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Saturday, July 30, 2011

No Choice....


 IN ORDER TO CHASE OUR DREAM
WE CAN'T HAVE A REASON TO RUNAWAY
WE'VE GOT TO GO
TO THAT FAR AWAY...SUMMER'S DAY

IF WE FIND THAT TOMORROW..WE CANNOT SIGH
BECAUSE LIKE A BEAT THAT OPPOSES THE STREAM
WE HAVE TO WALK STRAIGHT ON....



Saturday, July 23, 2011

Ramai yang LUPA/TERLUPA adanya waktu Dhuha...huu

UJIAN HIDUP

 Assalamualaikum blogku..

Serius dh lama aku tak bukak blog. actually bkn blog je jarang bukak...fb pun sm...masa tak banyak sebab aku kena fokus lebih dengan study. clinical year perlukan knowledge yg mantap dalam otak supaya bila berdepan dengan patients xde la gelabah bru nak bukak buku. Tapi semua ni proses belajar. Tak de sorg pun dalam dunia ni yg celik2 terus pandai. Kita semua kena melalui proses pembelajaran. Rasulullah SAW pun belajar dari awal sebelum jadi pemimpin yang hebat.

sebenarnya, aku rasa cukup down dulu awal2 masuk clinical. aku tak tahu mana arah tuju aku. sapa yg nak tunjuk ajar kat aku. sapa yang nak bimbing aku..tapi aku terlepas pandang tentang sesuatu yang paling penting. sebenarnya ALLAH sentiasa ada bersama aku. aku lalai kerana terlalu risau yang aku tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai pelajar perubatan. Aku lupa yang ALLAH tak pernah biarkan kita berseorangan selagi kita sentiasa memohon kepadaNYA...

Baru seminggu perjalanan hidup aku sebagai pelajar klinikal..terlalu banyak benda yg aku alami.semua ni memberi aku pengalaman. mengajar aku erti kehidupan yang cukup lain dan tak pernah aku hadapi selama ni. aku ibarat orang asing yg datang mengemis untuk mencari sekelumit ilmu sebgai bekalan untuk berbakti kepada anak bangsa pada masa hadapan.

aku hanya mampu merayu dan meminta pada ALLAH agar memberi aku peluang dan kekuatan untuk belajar semua ni. Bukan hanya ilmu penyakit yang ingin aku dalami, tapi juga ilmu untuk memahami keadaan sekelilingku yang begitu menguji kesabaranku. suasana di wad-wad yang begitu menekan emosi aku. tangisan ahli keluarga, kerisauan pesakit tentang penyakitnya, suasana tu semua bukanlah asing bagi aku sebagai pemerhati tapi akan jadi asing bila aku terpaksa menempuh atau berdepan dengan semua situasi itu sendiri.Ya ALLAH...aku hanya mampu memohon padaMu...Tabahkanlah hatiku.....

Aku sentiasa menangis dalam hati tanpa ada sorg pun tahu...hanya ALLAH je yg mendengar tangisanku...tapi niat untuk menjadi doktor yg kuat untuk membantu orang ramai itulah selama ini menjadi tisu yang menyapu airmata aku....kuatkan hati ku ini Ya ALLAH.....sesungguhnya dariMu aku datang, dan padaMu jualah aku akan kembali....

kita terpaksa mendengar bunyi guruh yg kuat, kilat yang sabung-menyabung, dan hujan yg lebat dulu sebelum kita mampu melihat pelangi yg berwarna-warna menghiasi langit dengan indahnya....

BE STRONG PIKAH....JANGAN GIVE UP...ALLAH ADA BERSAMA KAMU....INSHAALLAH...



Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #5

Belum terlambat lg!!!


dari dewan kuliah smpai umah....asyik mcm ni je....

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah...new semester ady!

Assalamualaikum...

Hai to my blog, sorry sebab dah lama sgt xjenguk2...really busy...serius tak tipu. Tup..tup dah masuk 1 mggu lebih dah aku melangkah masuk ke clinical year secara rasminya(tapi macam tak rasa apa2 sangat sebab banyak sangat mende nak buat, nak kena pikir and analyze. Clinical year is more tougher than pre-clinical. No doubt. Dulu bl masa jd bdk 1st n 2 nd year, gelenya nak masuk clinical..haaa..skunk amek kau, rasakann gegaran nyewww!!

First of all, aku bersyukur sangat. ni semua pemberian ALLAH yg MAHA ESA...aku yg kalau nak kira dalam kategori yg cukup tak hebat ni dpt masuk 3rd year is actually a really big gift from ALLAH. so, pikah, jgn maen2 dh. Do ur work seriously.

Bila masuk 3rd year means student akan deal dengan patients face to face. Bukan buku 100% dh. Kalau dulu kita mengadap je kertas ngan buku tapi sekarang kt dh kena belek2 patients, tanya sana sini, kena berfikir sambil memerhati. OK! susah, aku tak nafi la. Kekok tu still banyak. Takut, isau, malu...everything. Tapi demi cita2 ku yg aku kena tebalkan muka sebanyak 100 inci. bersedia utk kena maki, marah, kutuk, perli and yg paling sedih kena reject dengan patients semasa clerking. tapi bagi seniors aku rasa itu dh jd normal tuk diaorg. so, aku pun kena ready dari skrg.

Ya ALLAH, permudahkan segala urusanku...tolongla Ya ALLAH, padamu aku memohon segala2nya....ameen


*once patient cakap tak nak, means dia mmg tak nak.so xleh kacau! =D

next week, kena berulang ke HKL lagi selama 6 weeks..hadoiiii...puasa di sana la nampak nya..semoga aku tergolong dalam hamba2 ALLAH yg sentiasa bersabar....so, seminggu di Hospital Serdang kena la appreciate betol2 ye pikah..tata bloggy...nt lau free, aku jenguk la lagi ek...cau!