Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)


Thursday, June 30, 2011

Main bowling jgk akhirnyee...yehaaa!!

Assalamualaikum…….

Hai my blog yg sweet, 

Penutup untuk hari ni....Oh....akhirnyaaaa!!! dapat jugak bawak my brothers pegi main boling sama-sama dekat Mall...kesian my adek. Dari bulan 4 lagi duk tuntut nak main together2 dengan kakak trcyg dia...(ouchh!)...ye laa...mana tak nya, dari awal2 dulu lagi, tiap2 kali pergi nak main mesti full book..ade tournament lah...ade ni lah..tu lah...huhu...KL pun x sesusah ni nak main...huh!

Ok..tadi lepas maghrib ktorg siap2 n terus gerak..sampai2 terus pergi cop tempat..seb baik ade kosong..maybe org letih kerja kot. tu yg tak ramai tu. Bak kata mak aku tadi, semua org tak larat nak main dah malam2 kecuali orang2 yang tergelincir cam ktorg je =.=..aku pun xpaham ape maksudnya..hak3..janji dapat main. Not bad la aku punya performance. Oh ya...aku first time main bowling sambil pakai skirt labuh. hehe...tapi nak join punya pasal..no hal lah.lantak la jiran2 sebelah nak cakap ape...still ok jgk..pheww!

Ermm...dats all aktiviti yang ktorg buat for today. My brothers sume hebat2 la jugak main. Tak sangka lak...tadi aku tgk je semua org...dalam hati ni ckp semua dah besar2..dah tinggi2 belaka..lagi tinggi dari aku..waa...so fast kan...aku ni duk ase macam semua kecik2 lagi..selalu kena sekeh dengan aku time hingusan2 dlu...bila aku kena buli dengan abg2...aku buli balik diaorg...hak3...(ermm..tu dulu laa)

Time always moving...bila toleh belakang..rupanya dah banyak mende yg kt dh lalui....tu lah kenangan terindah..pahit manis kelat, tawar hebiaq, sesedap rasa...huu....semua ada...=) Thanks ALLAH...thanks for everything..ALHAMDULILLAH...Luv u My Lord (ALLAH SWT)....

p/s: Adek2 lah tempat aku berkongsi segala cerita dalam perjalanan hidup aku...semua pengalaman aku kongsikan supaya dijadikan teladan untuk mereka.....itulah aku...seorang kakak dan juga seorang adik...

preparation utk menyambut Ramadhan dh buat ke belum pikah? hopefully Ramadhan kali ni lg better dari Ramadhan yg sebelum2 nya...ameen...

Tuesday, June 28, 2011

Song for Wednesday...again

Oh ya! rase cam xlengkap if tak bagi lagu for today....ermm...it is just a song...really nice song from Zee Avi...i keep listen to it over and over again...BITTER HEART!!


i like the starting of the song...it sound so peaceful..so natural..so calm...yes, it is! macam bunyi burung2 berkicau n then ade kanak2 kecik gelak2...ok..aku dh stat merepek..FULLSTOP!

Wordless Wednesday #4

Hi my bloggie......already wednesday rite!...time is moving too fast OR i've been too slow haa??..ermm..=.=


jgan jadi lalang ye my sweethearts...don't be....kne ade pendirian sendiri.....=)
have a nice day!

Saturday, June 25, 2011

Saje nak bercerita

Assalamualaikum...n hai to my blog!

    Alhamdulillah..syukur..selamat sampai ke kampung halaman akhirnya..act semalam lg dh sampai. hoho.. Aku ade phobia sikit ye pasal nak balik kg ni. Walaupun aku xpenah mengalaminya(nauzubillah)..tapi aku cukup isau sepanjang perjalanan tu sebab bak kata org2 dolu...malang tu xde bau. So, bila kt ni under perjalanan yang agak jauh ni mcm2 terlintas lam kepala otak. eksiden la aape la..huhu...smoga Allah sentiasa melindungi aku dan org2 yg mcm aku ni yg mana nak balik kg mcm nak pegi London.(eyk?)

  ok lah. xmo merepek. Ok my blog, hari ni aku juz nak cakap yg aku hepi duk kat umah. walaupun selalu bosan sebb tiap hari kne duk sorg2. tapi its ok. still ase hepi.(semua org p keje tggl aku sorg2...sob3). 

  oh ya! semalam aku dah pegi umah family kawan aku yg meninggal mggu lepas. dia bukan shj kawan tp jgk sedara aku. So, smlm adalah majlis tahlil tuk arwah. masa aku sampai tu kebetulan mak si arwah baru keluar dr rumah. Mula2, aku pegi salam dia, tanya die sihat ke...mak die ok je mula2..senyum dan tanya aku bila balik. Pastu, hati aku tersentuh bila tiba2 mak dia peluk aku. Ya Allah, sayu nya. Mak dia menangis teresak2. Mungkin dia terigtkan arwah bila tgk aku. Ye lah..aku dan arwah mmg sejak dr kecik lg bersama. sebaya plak tu. Tubuh mak dia sangat lemah waktu tu.aku peluk je dia...tu je yg aku mampu buat....tapi aku xleh nangis. aku kena kuat. tu je yg aku bisikkan dalam hati ni. setiap yg hidup pasti akan mati. itu ketentuan...

  Tapi sepanjang majlis tu semua berjalan dengan lancar. Aku tlog2 kat dapur. benda last yg aku buat adalah basuh gelas2. sedar x sedar semua tetamu dah balik. tggl aku, mak aku n ayah aku je kat dapur diaorg. pastu ada parents si arwah dgn nenek dan adek perempuan dia je. Waktu tu ktorg juz borak2 biasa je. Yg paling happening adalah ayah aku. aku ckup happy kalau dia ada. ada je point dia nak cakap dan pastu dia suka buat org gelak. Sapa yg tengah stress pun leh ilang stress taw. thats my father. aku senyum je tgk family arwah gelak2 masa duk borak2 ngan ayah aku. tenang hati ni rasa. aku tak nak ade kesedihan di wajah mak dia.

  My blog, itulah apa yg aku nak cerita pasal semalam..semoga roh arwah bersemadi dengan tenang di sana. Kita yg di dunia ni kena terus buat apa yg Allah suruh.. cukupkan bekalan utk kt di sana kelak.....

  Ok lahhh...dh cukup dah..xmo tulih panjang2...dats allz...thanksbai!

Thursday, June 23, 2011

hampir siap!

Salam Jumaat all...

What a nice day for me and my housemate..alhamdulillah... Hari ni semua kelam-kabut berkemas. ready-ready nak kelik umah masing2. kitaorg sakan nak kejar cuti yg sungguh berharga selama seminggu ni. Maklum la tu je cuti sem yg kt org ade. Kena la pulun sakan2 before masuk 3rd year aka our first clinical year. WOW!! sedar xsedar..waras xwaras..sudah 2 tahun kami berjuang di universiti dengan penuh ranjau dan pancaroba tapi sweet jgk... HEHE...

apa yang aku nak share adalah tentang perjalanan aku buat research adalah team work tu tersangatlah penting. Dalam teamwork ni kt xleh selfish. Semua org kena contribute. jgn men lepas tgn je. Aku sendiri rasa kerja berkumpulan amatlah sukar tp kalau semua ahli ada rasa tanggungjawab kan..silap aribulan mmg bleh pecah kepala duk hantuk sb stress..sebenarnya kerja yg akan terhasil amatlah mantopp...tapii tu la kan..semua nak idup senang...So, moralnye, kena la timbang rasa.

Tapi, bagi aku yg penting kerja siap. apa2 pun nak jd make sure semua nya berjalan..matila kalau semua xmo buat, abes sape nak sudahkan. Susah mak macam ni...=.=

So, ni tgh kemas2 bilik memandangkan sudah lama jd bilik professor. inilah masa utk kembalikan bilik ni kepada bilik student balik..ouchh!! hehe

oh ya! xsabar nak tgk my name atas hard cover dgn gold colour...huu...harap2 tesis tu akan bermanfaat utk future..inshaallah...ok nak mandi dlu..dah berabuk badan dengan debu segala bagai...papai..enjoy ur nice friday..me too!! BALIK KAMPUNG WEYYY!!! *senyum smpai nak patah temporomandibular joint..=D


p/s : teamwork only work when it is done in a team...not individual...OK!



Sunday, June 19, 2011

Putaran Hidup Ciptaan Allah yg bernama Manusia

Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan 
- (al- Anbiyaa' : 35)

Allah berfirman. :" Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja. jika kamu benar-benar mengetahui." Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 
- (al-Mu'minuun: 114-115)

Tiap kali aku trigatkn balik kisah kami sebagai sahabat sebaya, teman sepermainan, kwn sekolah, teman sekelas, saudara sndri, rakan sekampung, pasti mata ni akan menitiskan airmata. Ya Rabbi, cukup dekat maut tu dengan kami Ya Allah. Semalam, aku baru shj mendpt khabar berita dari mak bahawa orang yg rapat dengan hidup aku telah pergi menghadap Pencipta kami.Mula-mula aku tak percaya. Rasa mcm baru shj berjumpa arwah..berborak..ianya macam kehidupan normal..Tapi soal ajal maut tu di tgn Allah. Itu semua urusanNya. Kita sebagai hamba harus selalu redha dan menerima qada dan qadar.

Aku sebak tiap kali teringatkn semua kenangan2 bersama arwah. Banyak....Kami sama-sama mengenal erti hidup..tapi sapa dapat menduga..Gilirannya dulu untuk bertemu dengan Pencipta. Setiap org ada turn nya masing2. Sama ada sudah bersedia atau belum. Jika dipanggil, maka pergilah kita dari dunia ni utk meneruskan hidup di alam sana pula. 

Arwah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Keadaan dia cukup parah dan dia meninggal di tempat kejadian. Sungguh sedih bila mengenangkan bagaimana arwah terpaksa bertarung dengan nyawa sendiri. 
Ini bukan pertama kali aku menerima berita kematian saudara aku. Tapi apa yg paling menyentuh hati aku bila org tersebut adalah kawan aku sejak kecik. Sayu hati ni. Kami sama2 memulakan hidup di bumi Allah. Tapi dia telah pergi dulu kepadaNya. Dia sekarang telah bebas dari dunia yg fana ni. 

Setiap yg hidup pasti akan mati. Aku tahu tu. Tapi hati manusia yg mana tidak akan tersentuh bila melihat kematian org yg pernah memainkan peranan besar dalam hidupnya. Aku dapat rasakan kesedihan sahabat2 yg lain. Keluarga arwah mesti susah utk menerima pemergiannya memandang arwah adalah anak sulong dan cucu sulong dalam keluarga. Aku tak dapat bayangkan kalau semua ini terjadi kepada ahli keluargaku sendiri. Ya Allah...berilah kami semua hamba2Mu ini kekuatan utk mengharungi semua ujian2Mu...

Semoga rohnya tenang di alam sana. Semoga dipermudahkan segala perhitungan....diselamatkan dari seksaan kubur..dilimpahkan rahmat dan nur dari Allah...Dia seorang yg baik hati..peramah..anak yg soleh..semoga Allah melindungi rohNya...Ameen...

Al-fatihah.....untuk sahabatku

* Aku terigt balik Contengan Jalanan hasil Hlovate tentang "a man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. Banyak pengertian dalam kisah ni. Aku pun tak tahu bila sampai giliran aku.Kita semua tak bleh nak main agak2 bila ajal tu nak smpai. dalam keadaan macam mana pun kita tak tahu..yg kt tahu adalah semua org ada tempoh hidup masing2....Aku takut. perasaan takut tu ada sebab aku akan menghadap Yang Maha Agung. dan bekalan aku pun tak seberapa..smoga Allah membantu aku dunia dan akhirat dan mempermudahkan segala urusan.

Mengingati mati itu adalah cara terbaik untuk kita menasihati diri sendiri...

Tuesday, June 14, 2011

Bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia.

Imam Al-Ghazali mengemukakan macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia:

Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).


Peringatan untuk diri sendiri dan jugak untuk kawan2...
Mostly, byk sangat berlaku kat fb kt duk kutuk2 kawan..duk merendah2 org laen..mengumpat kenalan2..so, cuba kita semua(including me! ) renungkn Hadis ni..bkn shj renung tp kt manfaatkn hadis ni....=)



Sumber: Menjaga Lisan, Walaupun Hanya Ber'Facebook' | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/mauidzah/walaupun-hanya-berfacebook/#ixzz1PJg73sd7

Wordless Wednesday #2




Alhamdulillah...=)

Monday, June 13, 2011

7 sebab kenapa budak-budak zaman skrg bercouple?

Assalamualaikum,

Hai korunk...*sambil senyum ceria*

hehe...dh anta kerja dh..alhamdulillah...dh smpai spruh upenya aku buat research ni...cam xsngka lak..tggl beberapa hari je lagi nak COMPLETE! (nak jugak bagitahu)

Topik yg aku nak cakap hari ini adalah....jeng..jeng..jeng :

SEBAB-SEBAB YG LOGIK KENAPA BUDAK2 ZMN SKUNK NAK COUPLE 

Gambar hiasan semata-mata...maybe ni pasangan yg dh kawen kot..hoho

1. Bercouple untuk nak kawin. Maksudnya die couple dan mmg dh bercadang nak kawin dgn psgn die tu dalam masa trdekat or xdkt. Lebih kurang mcm dh ikat la. Org kata lam proses perkenalan. biasanya orang2 mcm ni mmg serius dan matang dalam berfikir. 

2. Sebab kawan lain couple. This style mmg pemes wktu aku kat skolah n kolej dulu. Kawan2 aku pun ada buat....KAWAN ok! Diaorg kata tak best la lau tak couple. Tgk kawan2 buat tringin nak buat jgk. Normal n common. Kau couple, aku pun nak couple. Kau clash aku pun nak clash

3. Couple sebab tak nak dilabelkan sbg ketinggalan zaman dalam era bercoupling nih. Ermm...ade jgk org yg mcm ni. 

A : weii B, kau ade awek tak? aku tgk kau ni slalu sorg2 je..
B : aah, aku single..mmg xpenah couple..tak de org nak kot..huu

A : Kesian giler doe...kau ni idup zmn ape haa?? couple pun xpenahh..aishh..org zmn batu pun bercouple taw
B : T.T...oo..ye ke??? takut la aku..cmne nie?? xpe2..esok jgk aku cari awek..xmo aku ketinggalan zmn weyy...

Ok...tu contoh je laa..xde kne mgena ngan sape2...

4. Nak balas dendam. Ni seriau ckit. Org yg mcm ni jenis pendendam. dia couple dengan boy/girl tu smata-mata nak sakitkan hati org tu. Mostly org yg pernah kena tipu dgn couple die yg sblum nih. Tak leh bt kat ex die..die bt kat kaum ex die tu. Laki pompuan sume ade

5. Couple untuk menjadi pendorong dalam study or life dia. student2 kat U biasa kt nmpk. Ni positve efek la. Tapi ade jgk yg down sb couple. No comment..depends la kat org tu.

6. Sebab suka-suki. Ni xleh blah. Aku pun xpaham. lau tya nape kau couple ngan die. Dia pun jwb : Ntah...saje je suka-suka..dia ngorat aku, aku pun layan je lah..(mereng)

7. Kesian. sebab ni pun ada. Contoh, laki ni selalu kena buli. Ada la gurl yg jiwa nye mudah touching ni hari-hari nangis tengok laki ni, mula lah jatuh tangga chenta. So, usha2 then couple. Cam la dia mampu tuk backup mamat tu. Ntah..mungkin...sape tahu kan..HOHO.

8. ni aku tak sure. Tapi nak jugak selit. sebab kena paksa...HAHA...ntah la wujud ke tak. Tak sure. So, tak nak ulas.


*Ok...tu je yg aku mampu pikir. Don't judge me wrong ok..list nih aku buat based on pemerhatian aku. Sori la kalau ada yg tercilap ke ape ke. aku xmo comment apa2 sal couple. Bagi aku selagi pergaulan tu terjaga..(100% ikut rules yg ALLAH dh tetapkan)...so, ok la. Aku tak mampu kot...aku laa...

p/s: Jangan tya aku apa2 about couple sebab aku memang zero experience sal mende nih. Aku xpenah couple. oh ya! Couple after marriage tu paling sweet bg aku..=). Wallahualam..



Scapula Aku

Assalamualaikum,

Hari ni leh kata sume geng2 coursemate aku busy meng'edit' research report for last submission before final presentation. Aku pun ni ha baru dapat bukak blog sendiri before going to sleep. Whole day duk berdating ngan Microsof Word. Actually kan, kalau nk kira hari ni aku letih sangat. Tak berhenti menghadap laptop. tukar ayat sana..bg cun sikit..letak bunga2..simbah dgn shiny2 ckit tuk finish kan semua report. Tapi Alhamdulillah tuk group aku semua nya Doctor dh buat dh secara kasar. aku just nak edit balik ckit2 je. rasa bersalah tapi nak buat cam mana kan doctor tgk ada yg salah bila ktorg buat. tu yg die edit balik =.="

Dari pagi tadi sampailah sekarang aku ngan budak2 serumah kalut duk buat kacau kerja. Esok due date ktorg. ni last ktorg kne present. So happy tp stress jgk selagi tak present. HUHU...rasa cam nak lompat bintang je bila dh settle sume.

However, ceewahh...walau setension mana pun aku hari ni, aku rasa hepi sangat. Hari ni full 1 rumah. ktorg ape lagi..mula la bukak sidang meja bulat. Port nye kat bilik aku yg paling bersepah bersih. Bagi aku bila semua housemate berkumpul, its feel like ktorg semua sedang berkongsi masalah, ideas masing2. Ringan ase beban nih. Diaorang lah scapula aku...no doubt! ada je nak cakap. yg ni nak ckp..yg tu nak menyampuk..meriah kan..yes meriah smpai tingkat 4 leh dgr lau ktorg mengumpat bercakap. Fun sgt! Indah je rasa zaman remaja ni. Complicated tp interesting...

Bagi aku,scapula tu sgt hebat..kt tak penah nak amek kesah pasal scapula kt. tapi bayangkan kalau ianya tak berfungsi. Aishh..can't imagine that. kt nye shoulder leh collapse. So, mcm tu ibarat housemate2 aku. Tanpa diaorg aku rasa cam kosong..down je kat tempat org nih. dengan diaorg leh jgk la lepak2, sembang2, bergosip(HAHA).ni jarang la...bg aku diaorg lah penyeri idup (ni kalau diaorg baca mmg kembang semangkuk ni) ermm...

Talk about scapula ni kan, sebenarnya ianya adalah sejenis tulang ok...bkn karipap..scapula ni tulang yg menjadi penghubung antara tulang lengan kt dengan clavicle. org kampung panggil ni tulang kipas. sebab shape die kot ala2 segi tiga cam kipas nyonya zaman dulu2. Pendek cite tulang ni memang strong bone yg support upper limb kt.


ni lah scapula..bl tgk gambar ni trigt kelas anatomy dlu...kelas yg paling ssh sb kne menghafal...tp sbnrnye paling menarik!


So, scapula aku adalah housemate2 aku(including roomate skali la tu). aku selalu gak kne buli ngan diaorg tapi tak kesah la. just for fun. Time serius ktorg serius. Time gurau...mmg ktorg bergurau sakan. Diaorg ni lah yg akan teman aku, tukang dengar cite2 aku sampai 5th year inshaallah. Nt dh kerja pun maybe diaorg gak aku cari tuk aku share masalah aku. COol kan diaorg..yes! totally cool...hnya aku je yg tahu...

And ktorg ni satu kepala. ktorg tak suka plan awal2 tuk 1 benda. Semua ktorg buat tanpa ktorg sedar. Out of concious. Kalau nak bt apa2 mesti ngan tiba2..compem menjadi. Lau dh plan 2-3 hari sblum ke mmg tu tanda plan tu hancuss la. So, ktorg pngil ni geng last minit! tapi kerja ktorg menjadi ok! alhamdulillah...(Ada jgk yg tak)  hehe...

Ok lah..dah rasa letih satu hari duk tadah tgn kat lappy. Leh dapat Carpal tunnel syndrome. Haa? tak pe..next time kt bukak topik sal syndrome ni plak ye. NYTE! jom bintang, jom bulan...kt TDO DULU...


p/s: bagi aku kawan tu satu keperluan dalam hidup...diaorg lah kt punye Personal Advisor...n diaorg lah scapula aku!

Sunday, June 12, 2011

Arghhhhh!!!

Apa nak jadi la dgn kau ni pikah??! Satu keje pun tak jalan. Aku sendiri pun dah naek giler letih tau hidup camni. Esok ade progress report dengan lecturer. Aku rasa malas rajin nak pegi. Tapi mmg kena pegi pun. Kau ingat kau tu dah hebat sgt ke buat research? semua tnggang langgang! aishh...esok kire ari aku keluar dari gua hostel ni la kot.

Melanin aku pun cam dh windu sgt kat sunlight. Fuhh...aku nak g jumpa doc tp tak taw la doc nak layan ke tak soklan aku ni. Selagi tak settle ase berbekam je lam jiwa raga nih. Sentap kepala otak aku. Nak tido pun tak lepas. mimpi kne attack dek judges time presentation adlh nightmare yg paling tragis compare dgn kne kejar hantu currypuff woo...

Actually kan, APA yg aku buat haa dis weekend? rasanya keje aku duk lam bilik menghadap lappy aku yg  rupa mcm lappy zmn harry potter dh aku tengok. berdebu semacam. Jgn kata aku tak lap ek. Aku memang lap..tapi bilik ni yg kuat berdebu..hari-hari nak lap kang rimas plak dia ase.

Smlm hari sabtu...ade la jugak drama nak tgk.Drama pasal alcoholic yg tegar pastu fall in luv ngan ustaz yg treat die(shah jaszle yg ermm..erk aku still xske vid die ngan prema yin) dan ustaz ni pun ske die tapi ditentang oleh mak ustaz tu yg ckp anak die xleh kawen dgn org yg jahil..Hoho..aku siyes tak setuju tol ngan watak mak die. kita manusia mak cik oii. kita tak layak nak ckp org tu jahil ke tak ok! bcoz of that die punye hallucinate dh jd chronic. asyik nmpk ustaz tu je kat mn2. tgk sign board pun nmpk ustaz. mmg tahap piiiraahhh parah. doc diagnose mybe die ade Wernicke-korsakoff syndrome due to alcoholic abuse...

Pastu ada bola sepak jgk. Tapi hampa la ckit kan sebab kelantan kalah di tangan penyu..Aku anggap tu semua sebagai takde rezeki kelantan. Aku still pakai baju merah ok...peminat yg setia xkn berpaling tadah kalau team yg die minat kalah! yeahh...its me! wlaupun Chelsea asyik perform dgn teruk sgt2 sekarang..tapi aku still support 24/7!

Oh ye! cakap sal bola la kan. Aku cukup sedih dgn SEGELINTIR penyokong Kelantan yg angkat punggung tigglkan stadium bl Ganu dh lead game. Cam hampehh!! sokong la smp abes wlaupun dh mmg sah2 kelantan tak menang pun...ishh...bengkak liver aku tgk! ni la org kata..time menang sume nak masuk kamera, time kalah bila kamera zoom sume tutup muka..ape kes..ni bru kalah FA.kalau world cup..rasanye diaorg migrate kluar xmo duk kelantan dh la kot....

'ko ape tahu! ko tu dh la duk tgk kat umah je..kecoh betol...! ktorg yg duk kat stadium ni yg malu weii!!!!'

Ok,fine..memang aku lyn match tu kat umah..TAPI tak semestinya duk umah tu tak support. sekurang-kurangnya takde la plak aku bangun dr set sofa 5 riban kat kolej aku ni bila minit2 terakhir tu. Aku still bersorak weyy...(ok..aku tipu)..tapi dalaman aku still bersorak tau..GO TRW!!! next match kt gomo balik!!!

dh2..tutup isu bola ragbi sepak ni....menang kalah pun korg cuti gak.aku yg duk kat kl ape pun tarak..

ermm..smlm je la aku rasa aku hidup skjap. Hari ni?? huh..cam hampeh lagi. Aku bangun Subuh..tdo balik kejap...pastu bangun buat bekfes (air je la yg ade)..then aku ngadap lappiot aku yg kire pintu doraemon aku kat lam bilik ni. Laen time aku lepak atas lembek yg empuk macam ubi dengan selepuk kat depn telibesen layan cite ntah apa2..

BOSAN WEYY!! aku rasa kawan2 aku pun dh nek bosan aku sebut BOSAN....siyes aku nak kelik umah. Nak jumpa bonda ayahanda. HUK3..cam raya lak aku ase. Bila aku kuar nak g buang sampah kat luar, aku tengok ade anak kucing duk peluk2 mak die. JELES siot!!!

Aku harap sangat research ni berjalan dengan lancar smpai nak present 22hb nt. Ya ALLAH...tolong la hambaMu ini..aku memang rasa risau sangat. Nanti bila dh siap and bt hardcover then aku nk submit cepat2..pastu ape lagi, aku nak cau dr the haunted college nih...HEK3 aku rasa la kan sejak buat research ni, jiwa budak medic yg aku pupuk sejak dr 1st yr 1st sem trus jd kelam..dh rasa jiwa researcher dh menusuk hati aku nih. Tunggu rambut jd albert einstein je la kot. Pastu kire complete transform!

p/s : hargailah semua lecture statistics. sebab ianya mmg berguna untuk research. SPSS, chi-square test..T-test...bla..bla..bla....time to Analyse--->compute---> BLURR ady!

*saje nak lepas rasa bosan dan geram yang tersemat di kalbu...

Perfect 2

Enjoy this song....i keep listening to it again and again....so sweet...


hehe..u can be a peanut butter on my jelly!! Ouchh...

Saje nk share lagu yang chumel di petang yang redup ni.....to make u smile while listening...

p/s: u are the medulla of my oblongata  =)

Saturday, June 11, 2011

AKU #4

aku cuba untuk sedar
insan bernama manusia itu sama

Tapi memilliki perwatakan, hati, gaya yang berbeza

andai aku disuruh mentafsirkan setiap insan di dunia,

Pasti...

pasti aku akan menemui kekusutan di pengakhirannya

kerana insan itu amatlah istimewa...

miliki jiwa yang tiada definasi yang jelas nyata

jadi, sedarlah insan...

kamu, aku, kita semua
dicipta dari benih yang tidak pernah kita lihat dengan kaca mata

hanya mendengar dari orang dahulu kala
tentang sejarah sebenar insan bergelar manusia

itulah aku, kamu, kita semua....yg dipanggil manusia

...manusia terbilang bukan manusia durjana

Syukur....


Aku

My Hero...Mashaallah...


MUST WATCH THIS!!! THIS GUY WAS SO COOL....


Heroes


My heroes never wore tights or appeared on cartoon channels,
They had long beards and kept clothes above the ankles,


No combing the streets, like beasts at night looking for thieves, 
My heroes fought their egos, and narrated Ahadith!

And some of my heroes were once bad guys too
Baby killers and highway robbers, if you only knew what they knew

Cause you gotta know a lie in order to recognize the truth
And what the point of knowing truth if you can't back it up with proof?

So to prove my heroes were united by a single point of view
Why else would they choose to go against what their fathers used to do?

Unless they knew, that paradise was worth being abused
The best of views, if only you could walk a mile in their shoes,

Oh what I wouldn't do to kick it with Abdullah Ibn Mas'ood,
Listen to him recite the Quran, sad to go into ruku'

Yeah that would be cool, but me and Hamza, we would kick it old school
Joke about the Jahilliya, silly things they used to do

If I could pick my own crew, Salman Al Farisi would have to be in it,
An honest seeker of truth, may Allah bless his spirit,

Have Tea with Julaibi, cookies with Anas Ibn Malik
Anything to pick their brains and gain a better understanding

Could you imagine taking a class with Abdullah Ibn Abbas?
A scholar by the age of 10, just a boy amongst the men

And if I had one friend, it would be Abu Bakar as Siddique,
Someone to hold you down and to really represent,

When Sumayya held her chin to her killers, did she think?
We would name our little girls after her to teach them strength

And who cares about these rappers, we got Hassan Ibn Thabit,
Dude was sick with the flow, can't believe you didn't know,

That Zaid was a slave who became one of praise
Lived the American dream, when America was Cree

Umar Bin Khattab was a G, held it down for this deen
A real superman, made the devils cross the street

And if I ever had beef, I would call up Khalid Bin Walid
He was a ride or die homie, amongst the Salaf as Saliheen,

And if I just close my eyes, man, I could almost see
Bilal amongst the cold morning breeze, Allahu Akbar Allahu Akbar

Cause surely salah is much better than sleep
Like Abu Sufyan after he embraced the deen

On this earth Talha, was a walking shaheed
And Ja'afar gave his life for our Ummahs victory

May Allah be pleased and grant them all the highest levels of heaven
Like Uthman ibn Affan, who even the angels were shy in front of

Aisha was a genius, every word was like a thesis
Mother to all believers, pure like that of Isa's

Khadija held the fetus of Fatima, who was the teacher
Of Hassan and Hussein, sons of Ali who were slain

Man you gotta know these names, cause these people paved the way
It's a shame, we know more about them monkeys on BET

This is our history, all the sacrifices that they made for me
Gave to me, a legacy that I could be proud to keep

Said: Be! It was decreed, that at Badr we were only 300 deep
But with the angels on our side, who could even compete?

Although he was a man of peace who preached speech before the sword
He raged a war against error, the worship of fake Lords

Came to restore the deen that Ibrahim laid before
Extreme in his need to feed miskeen and the poor

Yeah, he was hardcore with his face to the floor
Off praying so long that his feet became sore

Uhhhh, yeah he got down like that

And told all the rich they should pay the zakat
And make the salah, and spread the salaam

And declare Ashdu-la-ilah, Ha-il-allah
Muhammed a Rasulullah, Sallau alaihi Wassallam

Like the mailman just delivering a message
Was the difference between Jannah and Jahannam

Who else do you know with a swagger that's blessed?
The best and perfected, corrected the method

Madina state of mind, coming from the hood of Mecca
Champion companions, homeboys were go-getters

Did it bigger and better, had followers before Twitter

The leader of leaders, amir to believers
Enjoined all the good and forbade all the evil

My hero taught people that we were all equal
The best of examples outlined what is legal

Forever I'm grateful for all that he came for
May blessings and peace always reach to my mentor

My teacher, my brother, my hero, my prophet
Muhammed, Sallalahu Alaihi Wassallam

And that's how it goes, so tell everyone you know
That this party don't stop till the son of Mary come home

I am pleased with my Lord and Islam as my deen,
May we die on these words, Allahuma, Ameen!



I'M SPEECHLESS...GREAT GUY...MAY ALLAH BLESS HIM...


p/s : thanks to my friend who share dis vid on fb..to let all others to know.....=)





HAAA....APA YG ADA LAM MAKANAN DARI TAIWAN???



Assalamualaikum,




"KUALA LUMPUR: Malaysia meningkatkan paras berjaga-jaga bagi produk makanan yang diimport dari Taiwan ke Tahap 4 Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) selepas beberapa bahan makanan dikesan mengandungi karsinogen..." 


Petikan dari akhbar Berita Harian , 11.06.2011


Ni merupakan salah satu lagi isu yang timbul tentang makanan dari luar negara yang masuk ke negara kita dan aku baru je tengok kat tv tadi. Dikatakan terdapat karsinogen dalam makanan yg dibawak masuk dari Taiwan nih.


Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Means bahaya la kan mende alah ni. 


Jadi sekarang mengikut FoSIM, produk-produk ni semua berada di tahap ke-4. Tahap ke-4 memerlukan setiap konsainan dari negara sumber diambil sampelnya.  Our menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian sedang meningkatkan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa di Taiwan dan Hong Kong untuk mengesan ke negara mana bis(2-ethylhexyl) phthalae (DEHP) dan di-Isononyl (DINP) dijual. 


Terdapat TUJUH jenis makanan dan minuman yang diimport dari Taiwan dikeluarkn daripada pasaran kerana mengandungi DEHP sejak awal bulan ini. ok..means bukan semua ye...setakat ni dikesan 7 jenises..ok!


Bukan sahaja isu dari Taiwan malah semalam, pihak berkuasa juga telah melarang penjualan mee segera Korea "Shin Romen" kerana bimbang ia tercemar. Ouchh!! KPOP...kpop!! Tu je aku terlintas lau sebut Korea...HAHA...


Menteri kesihatan kita juga cakap sampel bahan makanan itu sudah diambil untuk dibuat ujian dan orang ramai digesa berhenti menggunakan produk itu untuk sementara waktu. BERHENTI OK!  Jadi, apa kata kita cuba cari alternatif lain ye sayang. Banyak lagikan mee2 buatan Malaysia. So, tak payah la yang ada masalah tu jugak kita duk terhegeh-hegeh nak. Cam kes Barbican tu pun sama. Rasanya dah memang style orang-orang kita ni kot yang suka sangat kat mende2 yang ada kontroversi. Pastu mulalah nak gaduh. Arhh...kau taknak sudah....aku nak minum gak.. aku minum ok je..yg kau kecoh pe hal....bla..bla..bla...macam-macam gaya....huuu. aku naik stress baca sal isu barbican taw!!


So, back to topic...


Tapi, Datuk Liow pun ada jugak cakap yang tak payah risau soal tepung di negara kita sebab semuanya selamat digunakan. Isu tepung ni pulak timbul sebab dikatakan paras benzoil peroksida dalamnya tinggi. Tapi sebenarnya kat Malaysia, ianya masih di paras selamat. OK! 


Oh,ya..benzoil peroksida ni sebenarnya adalah bahan pemutih yg digunakan dalam proses nak hasilkan tepung.YUP...


Tu saje info sal news hari ni yang aku nak cakap. 

Teringat lak Mee Ruski...nyum3~~ 


P/S : Apa-apa pun yang kita makan, make sure ianya halal...sebab once dia dah masuk dalam perut, semua tu akan jadi darah daging kita. =)

okbai!!


Sumber: Bernama

WHY I WANT TO BE A DOCTOR?

'nape pikah nak jadi doktor?'

Soalan ni lah yang kerap kali orang duk tanya aku. Aku anggap ni sebagai soklan wajib ditanya oleh sape-sape yang nak amek kos medic. Dari awal aku nak isi borang UPU sampailah sekarang. Sampai aku sendiri pun tertanya-tanya jawapan yang sempurna tuk jawab soklan paling mahal dalam hidup nih. Kalau aku jawab nak tolong orang, mesti orang cakap dah takde jawapan lain dah ke..cam koman je. Kalau ckp suka-suka tu gile la namanya. Kalau sbb mak ayah suruh tu memang tak la sebab mak ayah tak galak pun aku jd doktor. Kalau aku jawab sebab duit. Tu aku tipu. Sebab demi ALLAH, aku blaja medic bukan sebab duit.

Jujur aku cakap, semua ni terlintas waktu aku kat matrik dulu. Waktu tu, isu yang paling pemes seantero dunia adalah pasal Palestin diserang Israel.Almost everyday aku beli paper untuk tengok apa yg terjadi..Hari-hari ada je yang kena bom, kena bunuh, kena musnah. Tapi, yang paling aku terasa sampai sekarang, hingga ke saat ni adalah bila aku tatap paper2 yang ade gambar baby2 yang kecik, comel sangat, innocent, putih suci turut sama dalam kemusnahan yang dilakukan oleh manusia yang tak layak digelar manusia. Sedih...Aku menangis...aku menangis tiap kali ada gambar baby yg berlumuran darah, menangis tanpa suara. diaorg hanya mampu menangis untuk nak cakap betapa deritanya diaorang. Ya ALLAH...

pastu aku dengar ramai jugak volunteers yang turun padang tolong. Tapi waktu tu aku hanya mampu doa sahaja dari jauh. Nak. memang nak jadi volunteer. Tapi apa yang aku ada untuk tolong? Dak matrik je pun. Nothing. lau pergi pun buat menyusahkan je. Waktu tu aku cakap sorang-sorang, 'kalau kau jadi doktor, mesti kau boleh pergi bagi bantuan dengan ilmu perubatan yang kau ada'.

Yes! because of that aku jadi doktor. Tak kesah la orang kata aku ni apa pun. Bagi jawapan takleh blah ke ape ke. Yang penting tu lah sebab nape aku amek medik. Tapi sekarang bila fikir balik, once ilmu medik tu dah ada kat aku, aku kena gunakannya dengan baik-baik. Tolong semua orang. Tak pergi tolong mangsa perang pun takpe. Malaysia pun still ramai yg sakit dan perlu perhatian. Inshaallah. So, kalau andaikata aku kena tolong mangsa perang ke, mangsa banjir ke ape ke, aku takkan ragu-ragu tuk tolong. tu pun kalau JPA benarkan la. Bila dah terikat ni kenalah dengar arahan pihak atas.huhu...

 Yup, paling mahal dan berharga impian ni sebab ni lah impian aku yang aku rasa cukup mustahil untuk aku dapat. Tapi ALLAH tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Aku janji pada diri aku untuk jadi seorang doktor muslimah yang dapat menyumbangkan semua tulang empat kerat aku untuk orang ramai. Aku tahu aku bukan sebijak pelajar medik lain. Aku selalu cakap semua yang aku ade ni, semuanya ALLAH yang tolong. Ilmu, peluang, segala-galanya. usaha aku takkan mampu pun untuk bawa aku sampai ke bidang ni. Kalau nak kira dengan background akademik aku, sekolah aku, memang jauh la nk compare dengan kawan-kawan lain. Nak masuk local university ni bukan senang bagi aku lagi-lagi tuk kos cam medik. Ya Rabbi...Alhamdulillah...


*Allah sentiasa mendengar doa hambaNya, samada lambat atau cepat ianya termakbul tu semua urusan ALLAH. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Cepat dan lambat tu urusanNya. Aku selalu dengar orang cakap,kalau tak di dunia, mungkin ALLAH akan makbulkannya di akhirat nt. Subhanallah....Allah tu kan Maha Pengasih lagi Penyayang. Kita sebagai hambaNya tak boleh berputus asa. Ok! hehehe..

Aku #3

Ingin

inginku jerittttttttttttt.....supaya puas jiwa ini.....jiwa yang sedang tersepit di alam realiti

biar...biarkan satu dunia tahu apa yang sedang aku lalui

kebenaran yang aku sembunyikan dari matahari sejak berkurun lagi

aku mula letih bersembunyi

oh pendengar hati.....ke mana lagi ingin ku pergi?

aku mahu berbicara tapi tiada hati yang ingin memahami...menjadi penyentuh hati

semua hanya menoleh tanpa satu pun datang mendekati

kemudian pergi tanpa menyapa hati ini...

Aku bermonolog sendiri di dalam hati....tiada erti....

Wahai masa, cepatlah berlalu..bawalah sekali semua gundah-gulana dalam jiwaku ini....

Aku merayu...

supaya Aku tidak terus mengharapkan perhatian mereka lagi

Cukuplah..cukuplah Hanya ILLAHI di hati ini.





Aku






Friday, June 10, 2011



kubuka jendela pagi 
di udara yg letih
deru geram nyanyian jaman

bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
halalkan segala cara untuk hidup ini
nafsu jiwa yg membuncah

menutupi mata hati
seperti terlupa nafaskan terhenti

kubuka jendela pagi 
dan dosapun menghampiri
suara jerit hati kuingkari

astaghfirullah, astaghfirullah,
astaghfirullah aladzim ....

Petikan dari lirik lagu Opick: Astagfirullah

AKU #2

Andai...

aku seorang pengail...akan ku kail semua mutiara di laut untuk menjadi hiasan bumi

Andai...

aku seorang jurutera..akan ku binakan sebuah bangunan pembakar semangat

Andai...

aku seorang penyajak...akan ku deklamasikan sebuah sajak pencetus inspirasi

Andai...

aku seorang ibu...aku ku dengarkan anak-anakku kisah seorang pengembara yang cekal hati

Andai...

aku seorang pemuzik...akan ku mainkan siulan bunyi yang boleh menyentuh perasaan insani

Andai...

aku rumput menghijau...akan ku serahkan semua oksigen ku untuk manusia terus merasai

Andai...

aku sungai yang mengalir..akan ku alirkan semua masalah-masalah melalui tubuhku ini

Andai...

aku angin yang menyapa pipi...akan ku sapu semua air mata menderita yang mengalir 

Andai...

aku boleh terus mengandaikan lagi..akan ku andaikan andaian yang menyentuh hati yang tulus suci

Tapi..itu semua andaian ku...yang pasti...hanyalah ketentuan Illahi..kita hanya mengandaikan apa yang akan terjadi tanpa sedar kita semua sedang hanyut dalam realiti sendiri...



Aku




TAK KIRA LA LU NI GANGSTER KE APE KE...TAPI WA MEMANG LAYAN ABES CITE LU...

Assalamualaikum dan salam Jumaat,



Best sangat al-Kuliyyah tadi...hari ni ustaz bercerita tentang mati, nikmat ALLAH, dan macam-macam lagi...Katanya jangan sesekali kita berputus asa dengan nikmat ALLAH. Dan cara seseorang itu mati menentukan keadaan dia di dalam kubur...Actually banyak lagi..nanti la I dengar balik dan cerita balik ya...


Ok, tentang hari ni....


Hari ni aku tetibe rasa nak pergi tengok wayang. Memang aku dan housemate tak pandai plan awal-awal untuk buat sesuatu sebab bila tiba masanya mesti tak jadilah, ada hal lah, tergendala la. So, apa yang kitaorg buat adalah, decide last minute.Cool right? Tak jugak sebenarnya. Tapi at least kurang la sikit kecewanya kalau tak jadi..yeahh..

Pada hari yang indah ni, kitaorg cadang nak pergi tengok pagi. TAAAAAPIIII, tetibe dengan izin ALLAH, hujan turun. Tak lebat. CUN-CUN je. Tapi bagi kitaorg yang betransportkan bus ni agak susah la sikit walaupun hujan tu ciput je. Pastu housemate aku pun tanya la kalau hujan camna. Aku kalau hujan ok je. Tapi ermm...fikir-fikir balik hari lain pun ada lau setakat nak tengok wayang tu. Jadi dua-dua diam.

Setengah jam kemudian, suspen sikit.. HOHO....housemate aku datang kat bilik cakap jom siap-siap pergi tengok wayang. Apa lagi...terus la aku dengan bergopoh-gapah nya bersiap. Dum-Dam-Dum-Dam..akhirnya kitaorang naik bus. Semua smooth sampailah ke kaunter tiket. Aku bajet mesti full punye cite KLgangster!!
HEHE...tapi Alhamdulillah...still ada tempat kosong...nasib baik atas..tak de la nak kena melangguk kat depan macam tengok POC aritu. *senyum lebar giler........


Kitaorang kan student lagi..so dapat la jugak kurang 2 ringgit...ok la tu! =)

Waktu start je cite, Fuhh...dah dapat rasa dah ke'best'an nya. Bila Zizan masuk, belum buat apa-apa lagi...tak cakap pun lagi, aku dah start gelak. Serius memang dia penyeri cerita tu. I like...

Cerita nya penuh dengan aksi-aksi yang HEBAT..MANTAP..dan tak ada satu scene pun yang bosan atau buat aku nak menguap kejap ke..nak telan popcorn ke or nak borak-borak ngan orang sebelah. Nak tengok kiri kanan pun tak terliur taw! Fokus je... Pandang screen je. So, nak conclude nya di sini yang cerita ni memang tip-top la..Malay movie yang terbaik sekali!!

So, apa yang aku cakap ni memang benar belaka. Aku enjoy sangat-sangat. Everthing was so amazing..ada moral value yang cukup besar jugak dalam cerita ni. Social life orang di bandar KL yang difokuskan lebih kepada kehidupan gangster atau tukang katok orang yang mana sudah insaf tapi masih lagi terikat dengan segala perbuatannya yang dulu.


*Kehidupan yang tidak berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan, akhirnya akan membawa manusia itu sendiri kepada penyesalan yang tiada pengakhiran...











Thursday, June 9, 2011

AKU #1







Ku dongak ke langit mencari awan...tapi hampa...awan tidak sedikit pun memandangku...


Aku sedih...jiwaku sunyi...


Tiba-tiba...ku terdengar bisikan angin...datang menjelaskan segala-galanya kepadaku...rupa-rupanya awan sedang sibuk berbicara dengan teman-temannya...


katanya ingin turunkan hujan kepadaku...supaya diriku tenang selalu...




Aku.







Mom at Sixteen

As usual....Assalamualaikum dan selamat malam kepada sesiapa yang TERBACA blog ni,



Hi Guys,

Just wanna share about a story.......


Mom at Sixteen adalah antara cerita yang aku pernah tengok dan still sampai sekarang aku masih duk ulang tengok lagi. Tak bosan. Plot cerita dia juga menarik. Lagipun cerita tu memang seharusnya ditonton oleh remaja zaman sekarang.


Kisah Mom at Sixteen adalah mengenai seorang pelajar yang begitu bijak. Excellent in her academic, sports, dan family background dia pun ok. Cuma parents dia bercerai. So, dia dengan adik perempuan dia tinggal dengan their mother. But still ayah dia ambil berat pasal diaorang. Dia ada BF yang merupakan pelajar universiti dalam bidang engineering. Diaorang couple and terlanjur sehingga that girl pregnant. 




Ok, now the story start. Once bila dia sedar yang dia dah mengandung, she decide not to abort it. (compared dengan sesetengah teenager yang bodoh sampai sanggup buang baby sendiri) And then dia buat perjanjian MOU dengan mak dia. Bila sahaja baby tu lahir dia akan serahkan dekat keluarga angkat. Bayangkanla dengan umur 16 tahun. Its too hard for her untuk besarkan seorang baby dengan usia 16 tahun(OH no!!) Camne nak besarkan anak?? Nak fikir homework lagi. Muda lagi tuh!! Aku pun waktu umur tu still duk berebut game lagi dengan abang. HUHU...


After 9 months and 10 days, baby boy yang comel pun lahir, innocent look...dia tak tahu apa-apa pun kan. hurmm...Now, that girl rasa sayang kat anak dia dan decide untuk tak mahu serahkan dekat agensi anak angkat. Ibu mana yang nak tengok anak dia sedih kan. So, mak dia pun setujulah. Tapi mak dia letak syarat yang baby tu akan jadi anak mak dia untuk cover hal yang sebenar. Dia mesti teruskan persekolahan macam biasa.


Kisah pasal budak ni panjang kalau nak cerita satu-satu. Tapi at last dia sedar yang pengorbanan mak dia yang tolong jaga anak dia. Pastu dia jugak sedar yang baby tu tak bersalah. Dan dia juga sedar akan kesilapan dia tapi apa yang perlu dia buat bukanlah terus lari dari masalah tu sebaliknya betulkan semula kesilapan dia.




Remaja jiwa mereka tu rapuh sangat, halus, lembut. Terlalu sensitive. Nak approach kena ada cara yang sesuai. Psychology!!



Waktu remaja adalah waktu di mana manusia sedang mengalami satu fasa peralihan yang cukup besar dalam kehidupan mereka.  Dalam jangka masa tu macam-macam boleh berlaku. Ramai tergelincir...ramai yang survive...ada jugak yang menyesal dengan tindakan mereka....ada yang sesat...ada yang menjumpai cahaya....ada yang matang dalam tempoh ni...ada yang still macam kanak-kanak pemikirannya.
Pendek kata ianya adalah tempoh percubaan. Rasa nak cuba semua benda.



That's why bimbingan orang tua sangatlah penting. Dalam Islam, kita sudah diajar tentang batasan antara lelaki dengan perempuan. Indah kan Islam tu sebab ALLAH dah tahu semua ni akan terjadi. Sebab tu dari awal-awal lagi ALLAH larang kita buat semua tu. Tapiiii....huu....kita semua nakkkkkkk jugak buatnya. DEGIL..





OKlah...tu sahaja yang aku nak share...Moral of the story, follow the guide yang ALLAH dah tetapkan supaya kita sentiasa hidup dalam keredhaanNya dunia dan akhirat..yeahhh!!


Tengok la sendiri cerita ni ya....=)




Nyte.....................sleep tight!!

Wednesday, June 8, 2011

MOOD YILEK...




WAKE UP PIKAHHHHHHHHHHHH!!


Assalamualaikum,



Please someone...wake me up please..

Apa la nak jadi dengan kau ni pikah oii...Rasanya selagi takda kelas nak kena attend, macam ni la hidup kau. Cam orang menganggur. Satu apa pun tak bergerak. Cepat la start kelas (bila kelas dah start mula la menyesal balik sebab busy sampai takda masa nak lepak-lepak). Aku rasa macam apa yang aku dah belajar semua sebelum ni dah berkarat lorr..Ni yang susah kalau susunan schedule kurikulum yang pelik sikit nih. Pelik pada aku la.


 Argghh..tu alasan kau je lah pikah!!!


*takda ke orang nak ambil aku jadi host untuk rancangan JJCM. Huu..memang tu impian aku la..Rasa nak makan je macam-macam. Semua nak rasa. Tapi dengan free. Kalau kena bayar, mau nye aku menangis tiap kali habis makanan tu...hahaha...


Please laaa...tak suka hidup tanpa ada benda nak kena buat (poyo). Actually ada je kerja nak kena buat. Tapiiiiiiiii...entah..hehe..ngengade sungguh la ko ni pikah..


C'mon...Jom-jom..sambung edit final report. Agi idup , agi ngelaban ye pikah..dun malas-malas.. ; ) Mak tak suka!!





Gaya Berbahasa- Kata Ganti Diri ( MY STYLE)

Assalamualaikum....


Hi to hujan-hujan yang tengah renyai-renyai menyentuh bumi KL (perghhh..ayat tak leh blah),


Malam ni sejuk sangat. Apa yang aku buat sepanjang hari adalah duduk atas lembek sambil online.Ermm...rasa bosan stay kat kolej. Semua orang dah balik umah. Dan yang paling sedih adalah mesti semua tengah sibuk berkumpul kat umah cousin aku...uwaaaaaaaaaa!! Malam kenduri memang selalu meriah...And i miss that moment...


So, apa yang aku buat untuk hilangkan stress memikirkan tak boleh nak balik kampung adalah dengan main facebook, twitter, and dengar lagu. benda yang common je. Oh ya! Satu lagi aku buat adalah kemas bilik aku yang penuh dengan buku-buku, kertas-kertas bagai nih. Bilik aku serius bersepah  kemas. *sambil senyum*. Dah rasa macam bilik professor dah. Ouchh!!


Aishh....aku selalu menyimpang dari topik yang aku nak cakap. Sebenarnya aku nak cakap pasal adab or gaya or etika or whatever lah pasal berbahasa or berbicara or berkomunikasi nih. 



Cakap dengan cikgu kena baik-baik...macam kita bercakap dengan mak ayah sendiri taw



Dari zaman sekolah lagi la kan, aku tengok kalau kita bercakap dengan cikgu, of course aku akan membahasakan diri SAYA-CIKGU laaa. Aku ni budak pendiam dan baik kat sekolah dulu. Tapi tu normal la kan dengan cikgu. Tapi kalau antara kengkawan ni yang ada banyak beza sikit. Ermmm..macam-macam stail ada. 





Antara-antara Bahasa Diri yang Aku Guna


1. Kalau kawan tu just kenal-kenal camtu je. And dia tu pulak jenis lurus nerd skema pendiam or dalam bahasa lain nya, dia jenis budak baik, aku lebih prefer guna saya awak. Sebab aku rasa tak boleh nak cakap AKU-KAU dengan orang macam tu. Ok kan? hehe...mesti la ok!


Skema itu HOT.....bagi aku la...



2. Tapi kalau kawan tu orang sekampung, pastu sekelas pulak tu, confirm-confirm aku akan cakap aku kau. Sebab aku rasa tu lah kata nama yang terbaik dan paling sesuai sekali. Rasa macam akrab gila.Seriusss!! hehe...tak akan rasa janggal langsung. Tapi persepsi tu dah berubah sekarang. Bagi aku rapat ke tak tu semua tak bergantung pada cam mana kita bahasakan diri kita. Tapi macam mana kita berinteraksi dengan orang tu. Kalau kita cakap pakai KAMI-KAMU pun boleh rapat tau. UP TO U je semua tu...



3. Ni untuk kawan-kawan yang memang jenis lemah-lembut. Kalau macam ni aku akan bahasakan nama. Contoh; Pikah-Lisya. Macam tu la lebih kurang. Rasa ini yang paling sesuai. Tapi still aku boleh cakap yang kena depends dengan keadaan jugak. Kadang-kadang aku pun main hentam je. Janji tak kekok or kaku. =)


4. Kawan serumah sekarang. Aku guna bahasakan diri aku KITA. Entah la kenapa. Tapi macam dah biasa camtu. So, tak rasa pelik langsung ok!




5. Untuk kawan-kawan coursemate pun lebih kurang je. Cuma kalau boys tu aku akan cakap AKU-KAU. Dah semua orang cakap macam tu. Sopan pelik la pulak kalu tetiba aku mencapap cakap SAYA-AWAK...HAHA. Ermmm..kalau gurls tu memang bercampur-campur la. Tengok situasi ok.


5. Ada jugak kadang-kadang aku bahasakan diri aku ORANG. Ni normal kat kampung aku dulu. Aku cukup tak suka waktu zaman kecik-kecik cakap orang-orang nih. Tapi sekarang I LOIKE. Depends dengan situasi la jugak. Takde la aku cakap dengan Lecturer pakai ORANG bagai. Kurang sopan giler.


6. Ngan adik-beradik pun ikut mood. Kalau mood nak mintak tolong, pastu baik kamcheng giler time tu, aku akan bahasakan diri nama aku sendiri. Kalau tengah hangin satu badan pastu boleh pulak berebut nak tidur depan tv. Haaa...time tu akan keluar la bahasa AKU-MUNG....(last-last semua tak dapat sebab mak halau masuk bilik).

7. Sekarang bila menulis dalam blog, aku akan guna AKU la..untuk setakat ni. Future...tak tahu lagi la ye....mungkin DINDA...kot..hahahaha


Yupss...tu semua antara contoh-contoh cam mana aku bahasakan diri aku dekat orang lain. Semua orang tak sama ye. Walau apa pun bahasa diri yang kita guna, tu bukan lah sepenuhnya melambangkan diri kita ni sapa. Janji hati tu yang penting. HEHE....oicehhh....

Ok lah..cukuplah tu untuk malam ni tentang gaya berbahasa....lau nak cakap pasal bahasa memang sampai bila-bila pun tak abis. Ni baru cakap pasal nak bahasakan diri. Belum masuk bab-bab berbicara lagi nih..aiyooo!! Tapi itu semua kita dah belajar tanpa kita sedar. Kan dalam hidup ni kita selalu duk belajar termasuklah belajar secara tak formal. KAN3?? hehe..setuju aje lah aku merepek ni ye....


* Dulu-dulu kan Mak aku cukup marah kalau guna AKU nih. Dia mesti ugut kita orang cakap nak paku mulut masing-masing...Haa?? Mestila mak tak buat. Dia gertak je.









Tuesday, June 7, 2011

Song for Wednesday...=D

Listen-listen....





enjoy dis song...its really nice...I really like Katherine McPhee in American Idol....n then dia cantik jugak (ape kaitan nya ntah)...

the music, the song, the lyrics are quite meaningful....for me...=D

enjoy it YA!!!





Wordless Wednesday!



...??